Sunday, 29 May 2011

SENIMAN TERAGUNG-TAN SRI P.RAMLEE



      Tan sri Dr.P.ramlee atau nama penuhnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh,dilahirkan pada 22 mac 1929 di Pulau Pinang.perjalanan seni beliau tidaklah mudah..dia mula dikenali ketika menyanyikan lagu azizah dan suaranya menjadi perhatian sebuah produksi dan mengambil beliau sebagai penyanyi latar untuk beberapa filem..oleh kerana p.ramlee memiliki fizikal yang kurus dan cengkung dia tidak diberi peluang untuk menjadi pelakon sehinggalah beliau diberi kepercayaan menjadi tonggak utama dalam filem takdir ilahi.bakat beliau makin menyerlah apabila filem pertama arahannya filem penarik beca mendapat sambutan hebat dan terpilih sebagai filem terbaik seluruh tanah melayu...

   p.ramlee pernah berkahwin dengan junaidah daeng harris pada tahun 1950 dan bercerai pada tahun 1954,beliau juga pernah berkahwin dengan noorizan mohd noor pada tahun 1955 dan bercerai pada tahun 1961..akhir sekali beliau berkahwin dengan salmah ismail atau dikenali sebagai saloma pada tahun 1961.hasil perkahwinan dengan junaidah beliau mempunyai anak iaitu mohamad nasir,arfan dan sazali manakala zakiah,sabarudin dan safarina atau lebih dikenali sebagai dian p.ramlee adalah anak angkat beliau


                           p.ramlee dan junaidah daeng harris

                         p.ramlee dan noorizan mohd noor

                           p.ramlee dan saloma

     ayah kepada p.ramlee bernama teuku nyak puteh teuku karim dilahirkan pada 1902 dan meninggal dunia pada tahun 1955..ibu beliau bernama che mah hussein dilahirkan pada tahun 1904 dan meninggal dunia pada tahun 1967.beliau mendapat pelajaran di kampung jawa malay school,francis light english school dan penang free school.

   filem pertama rahan beliau adalah penarik beca dan filem terakhir arahan beliau adalah laksamana do re mi,sebagai anak muda zaman kini entah kenapa aku masih menonton filem yang dilakonkan oleh beliau dan tak pernah jemu untuk menonton..secara peribadi aku memang mengagumi beliau sebagai pelakon dan aku yakin ramai lagi yang mengagumi lagenda sepanjang zaman nie

Al-Fatihah buat lagenda sepanjang zaman Tan Sri Dr.P.Ramlee

 

No comments:

Post a Comment