akademia fantasia 9 adalah yang terakhir untuk musim ini dan takkan ada akademi fantasia lagi tahun depan.pada yang setia menonton rancangan realiti ini pasti akan bersedih namun bagi aku biasa saja,ada pun takpe tiada pun takpe.aku bukan lah peminat rancangan realiti ini tapi aku menonton juga apa lagi bila permulaan konsert aku dah boleh tengok yang peserta peserta af kali ini biasa sahaja.
aku memang sokong operasi gugur dan pelajar yang digugurkan memang patut dikeluarkan.aku tak berminat langsung dengan suara amir dan aida yang bagi aku dah berlambak dah suara macam tu dalam dunia nyanyian ini..kemasukkan hazama dan fina memang wajar kerana nampaknya pelajar yang sedia ada tergugat dengan kehadiran mereka,fina adik aida tetapi suara mereka sangat berbeza,aku suka suara fina..dia memang layak diberi peluang,hazama tak perlulah aku cerita sebab dia pernah menganggotai kumpulan indi terkenal meet uncle hussein tak hairanlah kenap erul cemburu dengan kehadiran hazama,cuma aku terfikir kenapa erul perlu cemburu sedangkan dia juga memasuki rancangan realiti popular iaitu mentor dan mentornya jaclyn victor..mungkin kerana erul yang ketika itu berang kerana terpaksa berkumpulan dalam mentor sedangkan dia mahu solo..bagi aku erul mempunyai suara yang biasa sahaja,lena juga berasa tergugat dengan kehadiran fina mungkin kerana fina dan lena mempunyai suara yang sedap didengar membuatkan lena rasa tergugat ingin tercetusnya pergaduhan namun sudah diselesaikan.azri pula hilang fokus apabila jatuh cinta dengan nera haih apa nie nak masuk af nak bercinta ke nak jadi penyanyi oh aku lupa mungkin azri tak perlu risau sebab dia pernah menyertai rancangan realiti my starz lg dan dah ada peminat sendiri.
lena bagi aku mempunyai suara yang sangat unik suara yang serak basah tu memang aku suka,masa konsert tirai tu aku dah suka dengan ton suara dia dan dia ada pakej yang menarik cuma dia agak turun kerana lagu yang diberi tidak sesuai dengan suara dia,aku juga terfikir kenapa pihak astro memberikan lagu yang bagi aku memang tidak sesuai dengan suara lena..tidak kah itu seperti mahu menjatuhkan lena dan membuat dia tersingkir..aku paling suka bila dia nyanyikan lagu tiada tangis lagi dan cinta sempurna memang sesuai dengan vokal dia..
erul,bagi aku dia biasa saja tak ada beza semasa dia menyertai mentor dulu..suara yang biasa dan katanya minat k.pop dan pandai menari..dia juga kecewa kerana dapat lagu slow yang tidak membolehkan dia menunjukkan skill tarian dia..penting ke semua itu masalahnya..kenapa tak masuk mari menari saja..vokal pun masih pancit lagi dan suara pun ada bunyi itik lagi nak menari sambil menyanyi.bagi aku erul dah lama keluar..persembahan dia aku takde lah persembahan erul yang aku suka tapi yang oklah bagi aku wanita seluruh dunia dengan dance little sister itupun sebab kak ogy suka..tapi bagi aku oklah
azri pun bagi aku biasa saja,aku dah melihat dia di my starz lg dan af pun dia biasa je takde apa yang menarik sama ada vokal dia atau persembahan dia..yang bez adalah kisah percintaan dia dengan nera..kenapalah dah ada peluang nak jadi penyanyi tapi tak gunakan dengan sebaik mungkin tapi sibuk nak mengorat nera..boleh bercinta tapi janganlah over sangat awak tu bukannya peserta yang konsisten tiap minggu dan terus terang aku cakap aku tak ingat langsung apa apa persembahan azri yang boleh buat aku terpukau atau terbayang..yang aku suka cara penyampaian dia adalah lagu sungai lui dengan sampai syurga dan terus terang aku tak nampak dia meniru faizal tahir dan aizat langsung..
fina bagi aku mempunyai vokal yang mantap..aku suka suara dia dan persembahan dia tapi orang yang mempunyai vokal yang tinggi nie sukar nak nyanyi nada rendah takpelah sekurangnya fina lebih baik dari aida..fina mendapat lagu yang sesuai dengan vokal dia..fina memang boleh pergi jauh dan aku suka suara dia masa dia nyanyikan lagu all by myself dan ku keudara lagi
realitinya aku dah bosan menonton af yang setiap minggu ada kejutan,,perlu ke kejutan tu?pelajar tetap macam tu tiada apa apa perubahan pun..dalam rumah kaca pun mereka menerima kejutan,di konsert pun terima kejutan..yeah itulah realitinya akademi fantasia dan aku bersyukur ini adalah musim terakhir kerana aku dah bosan melihat drama dan kejutan
No comments:
Post a Comment