Friday, 27 May 2011

filem KOMEDI sekarang...filem syok sendiri atau filem untuk semua

    sekarang nie filem seram yang menjadi pilihan ramai pengarah untuk ditayangkan di pawagam..ada juga pengarah yang cuba nak bawa filem komedi untuk tontonan ramai tapi bagi aku filem komedi sekarang nie tak tahu mana komedi dan apa yang patut penonton gelak..kalau nak tengok balik zaman dulu zaman tan sri p.ramlee aku memang tabik spring dekat beliau..semua filem komedi beliau memang buat aku ketawa gila gila,,,ada je part yang menarik untuk aku gelak besar dan memang nampak yang setiap watak yang dilakonkan nampak spontan dan bersahaja bukan dibuat buat dan aku yang menonton pun rasa tak dipaksa untuk gelak sebab semua pelakon melakonkan watak dengan baik seperti tan sri p.ramlee,datuk aziz sattar,s.shamsuddin,ar.tompel dan yang lain lagi

    filem komedi sekarang yang aku rasa macam syok sendiri dan sejujurnya aku rasa macam bukan filem komedi..bila aku tengok sebuah filem komedi dari awal hingga akhir tapi aku tak gelak dan penonton lain pun tak gelak aku jadi terfikir di mana komedinya..apa yang cuba disampaikan oleh setiap watak yang tercipta..bukanlah semua filem komedi tu teruk tapi ada sebilangan yang aku rasa memang tiada komedinya.aku tahu memang susah nak buat orang ketawa tapi janganlah sampai filem komedi tapi takde sedikitpun komedinya..bila filem komedi dah tentu penonton ingin bergelak ketawa bila menonton tapi kalau takde yang nak digelakkan adakah filem itu syok sendiri hanya pengarah dan pelakon yang gelak??








    apa yang boleh aku cakap filem di atas nie filem yang biasa saja...komedi ringan yang bagi aku sekali tengok dah cukuplah..aku hanya senyum melihat kecantikan lisa surihani dalam filem zoo dan ini filem pertama dia berlakon komedi tapi sayang filem nie biasa sahaja








      filem komedi di atas nie ermm bagi aku adalah juga kelakarnya...lu pikirlah sendiri the movie bagi aku mungkin sebab dia menampilkan nabil juara raja lawak musim kedua yang baru menang ketika itu untuk memancing penonton datang ke pawagam..juga menampilkan zizan...aku memang takkan cakap tentang filem 4 madu yang bagi aku entah lah kalau aku yang mengarah aku takkan terfikir nak buat cerita macam tu..tarikan filem nie sebab ada 8 orang pelakon wanita yang terkenal disamping seorang pelawak terkenal apek..aku sebenarnya tak berapa minat dengan filem arahan prof razak nie tengoklah filem dua hati satu jiwa dia...begitu juga dengan filem senario yang aku rasa lawak mereka dibuat buat tak macam zaman mereka dulu seperti filem senario the movie,senario xx,lagi lagi senario dan lang buana..mereka berbakat tetapi naskah sekarang yang diberi pada mereka buatkan mereka nampak di buat buat untuk setiap watak mereka


   







       bukan takde filem komedi yang aku minat...ada tapi tak lah kelakar mana tapi bagi aku satu pembaharuan untuk sebuah filem komedi zaman kini
       filem pisau cukur ya memang bukan komedi tapi jalan cerita filem nie agak mencuit hati aku dan aku dah menonton filem nie banyak kali..lakonan hebat fazura dan maya karin disamping aaron aziz memang menarik dan lain dari yang lain yala pengarah filem nie juga yang mengarah filem gol dan gincu..ia mengisahkan seorang gadis yang gagal untuk berkahwin dengan jutawan dalam rancangan realiti dan diajak kawannya untuk bercuti di kapal cruise..di sana dia berjumpa dengan seorang datuk dan banyak aksi menarik antara fazura dan aaron aziz serta maya karin dengan pelakon baru shahredza minhat
        bila aku sebut filem nie pasti ramai yang akan buat lambaian tangan seperti usop whelcha..filem hantu kak limah balik rumah memang kelakar habis..aku dengan family aku memang tak bosan tonton banyak kali filem nie..lakonan awie,johan raja lawak,shy8 dan ummi nazeera mengisahkan kak limah yang disangka hantu selalu balik rumah dan mengganggu penduduk kampung pisang
       filem cun bagi aku filem romantik komedi lakonan remy ishak dan maya karin...sangat seronok bila melihat gandingan remy ishak dan maya karin mungkin sebab mereka dah ada keserasian sebelum nie dalam filem anak halal dan teater natrah..kelakar bila remy cakap loghat utara tapi tak lah teruk..dia melakukan dengan baik..faezah elai dan nadia neesa juga memberikan lakonan yang baik
       filem adnan sempit filem pecah panggung yang bagi aku sangat menarik arahan ahmad idham nie..lakonan shaheizy sam dan intan ladyana..bagi aku filem nie memang kelakar dan memang patut lah pecah panggung..lakonan along raja lawak dan yana samsudin memang terbaik..mimik muka along yang kelakar dan lontaran dialog yang bersahaja dari yana memang bestlah






      nantikan filem komedi terbaru arahan syamsul yusof bertajuk aku bukan tomboy..boleh ke syamsul yusof buat filem komedi hehehe

No comments:

Post a Comment