Sunday, 22 May 2011

MENTOR 5

   aku nak story sikit pasal mentor 5 yang dah nak masuk minggu akhir,,aku nie memang penggemar rancangan realiti dan melihat semua finalis mentor separuh akhir nie yang bagi aku sangat berbakat..tak pernah rasanya mentor yang lepas lepas ada empat wanita yang bersaing rapat dalam separuh akhir dan semuanya berbakat..biar aku cerita sikit tentang finalis mentor nie

SALMA
  bagi aku salma nie punya suara yang tinggi..kalau lagu yang bernada tinggi memang makanan dialah tapi kalau lagu yang bernada rendah aku rasa dia biasa je aku minat dia tapi sejak akhir nie vokal dia makin menurun dan separuh akhir pertama dia mendapat markah tidak seperti biasa yang dia peroleh sebelum nie akibat salah pilih lagu..bagi aku lagu yang dinyanyikan salma memang tak sesuai untuk salma dan lagu duet dengan mentornya pun kurang sesuai..ini diakui sendiri oleh mentornya erra fazira dan pada konsert separuh akhir kedua persembahan salma biasa sahaja..aku sukakan suara dia tapi mungkin dia terlalu selesa dengan kedudukan teratas buatkan dia alpa untuk fokus pada setiap konsert separuh akhir



SHIHA
   Aku tak tahu kenapa tapi bagi aku persembahan shiha adalah paling konsisten setiap minggu..aku suka tone suara dia yang bagi aku semua lagu sesuai dengan suara dia..dia pandai mengawal suara dia pada setiap lagu yang dipersembahkan..konsert separuh akhir pertama aku suka lagu yang disampaikan begitu dekat dengan diri dia...separuh akhir kedua dia menyampaikan lagu noraniza idris dengan begitu baik sekali..mungkin kerana dia mendapat bimbingan daripada seorang biduanita negara iaitu datuk sharifah aini membolehkan shiha mendapat banyak ilmu yang pastinya diberikan oleh mentornya


                              
IQA
     Iqa mempunyai keunikan sendiri mungkin juga kerana mempunyai mentor yang sangat kreatif iaitu edry abdul halim namun aku terhibur dengan gimik yang disediakan oleh mentornya untuk iqa..iqa pula tak tumpu pada satu genre sahaja sebaliknya iqa mempelbagaikan genre lagunya dan mengubah sesuatu lagu kepada genre yang lain..vokalnya sedap didengar dan bernaung di bawah edry memang iqa mempunyai masa depan yang cerah..konsert separuh akhir pertama gimik yang ditampilkan sangat hebat dimana mereka menamakan diri mereka sebagai edriqa begitu juga dengan konsert separuh akhir kedua iqa menyampaikan lagu dengan begitu baik sekali


RATNAH
       aku memang suka gila tengok ratnah menari dia memang punya bakat semula jadi dalam tarian tapi bila dia dah menari sambil menyanyi dia macam semput sikit mujurlah dia punya mentor yang berbakat dalam bidang lakonan dan arahan iaitu afdlin shauki..setiap persembahan ratnah pasti ada lakonan atau drama dan itu sebenarnya lagi bagus untuk persembahan ratnah kerana ratnah mudah penat kalau menyanyi sambil menari..konsert separuh akhir pertama ratnah bagus sekali..dia nampak rileks dan enjoy konsert separuh akhir kedua ratnah agak goyah dan membuatkan dia tersingkir dan gagal menempah tiket ke mentor akhir


   siapa yang akan bergelar juara mentor musim kelima setelah pija,fiq,black dan mohd...adakah salma,shiha atau iqa nantikan keputusannya pada 29 mei 2011 ahad 9 malam tv3     

No comments:

Post a Comment