Thursday 24 November 2011

10 pelakon wanita antagonis

  aku memang penggemar drama tak kisahlah drama bersiri ke filem ke asalkan ianya sebuah cerita yang aku boleh layan..ada beberapa pelakon yang bawa watak antagois yang buat aku teringat sampai hari nie dan buat aku lebih mengenali mereka so aku senaraikan 10 pelakon wanita yang bagi aku berjaya mambawa watak antagonis dan membuat watak itu dibenci oleh penonton



10)sazzy falak
   first time masa filem nie dikeluarkan aku tengok dia berlakon..aku kenali dia sebagai pengacara bila filem gol dan gincu nie keluar dan sazzy memegang watak shasha aku rasa not bad juga..shasha seorang gadis futsal yang merampas edy lakonan ashraf sinclair daripada putri lakonan fazura..sazzy berjaya buat aku benci shasha sebab cara dia dan gaya lakonan dia sangat bagus walaupun itu pertama kali aku lihat dia berlakon dan shasha sebenarnya bukanlah antagonis sangat di akhir filem ini dia menjadi baik



9)linda rafar
   watak antagonis yang dibawa oleh linda rafar dalam drama yang disiarkan di slot lestary bertajuk dua hati ialah nadia..ye memang aku sangat benci watak nadia..pada permulaan cerita nie nadia berkawan baik dengan kyra dilakonkan oleh jue aziz kerana kehadiran feroz dilakonkan oleh fizz fairuz yang menyukai kyra membuatkan nadia cemburu dan sanggup buat apa saja untuk mendapatkan feroz hinggalah sanggup membunuh kawan baiknya sendiri..memang sakit hati tengok nadia nie kenakan kyra



8)ummi nazeera
    dalam slot zehra nur kasih ummi memegang watak siti sarah adik kepada nur kasih lakonan tiz zaqyah..kalau sesiapa yang menonton drama nur kasih mesti rasa apa yang aku rasa..membenci siti sarah kerana wataknya yang kebudak budakan dan cuba menggoda aidil lakonan fizz fairuz sedangkan aidil telah berkahwin dengan alia lakonan ayu raudhah..sarah cuba menghasut alia bahawa aidil mempunyai hubungan dengan nur kasih sehingga alia pergi meninggalkan aidil..ye memang ummi berjaya buat aku benci watak sarah tu



7)nadia aqilah bajuri
    siapa pelakon nie ek tak salah aku dia pernah masuk gangstarz tv3 bersama kumpulannya luscious sekarang berlakon watak antagonis pula tu dalam slot lestary drama bersiri tari tirana nadia melakonkan watak chika seorang pelajar kolej yang lincah menari dan mempunyai kekasih bernama neo lakonan ammar alfian aziz..chika cemburu melihat tirana lakonan wan sharmila juga mendapat perhatian ramai dengan tariannya apatah lelaki neo mulai rapat dengan tirana..chika saggup membunuh untuk memastikan impiannya tercapai..bagi aku nadia sesuai bawa watak chika yang moden dan ambitious



6)fiza abdul halim
   memegang watak sebagai tina dalam slot lestary natasha..drama bersiri hebat itu memang buat aku sakit hati dengan tina kerana tina sangat membenci natasha lakonan fasha sandha.ayah tina selalu memuji natasha kerana sikap natasha yang baik membuat tina bertambah benci apabila irfan lakonan ezani nizarif mencintai natasha..pelbagai usaha yang tina lakukan untuk memisahkan natasha dan irfan..aku suka watk tina dari natasha sebab watak tina lagi kuat dari natasha



5)izara aishah
   pelakon baru nie yang aku tengok dalam drama keranamu laila tapi bukan drama tu yang aku nak cerita..watak antagonis yang dibawa oleh izara dalam slot akasia soffiya.membawa watak fiona yang sangat membenci soffiya lakonan tiz zaqyah yang juga bekas kekasih suaminya ilyas lakonan fizo omar berkahwin pula dengan ayahnya kamal lakonan azhar sulaiman..semua tu menambahkan lagi benci fiona pada soffiya dan melakukan pelbagai cara agar ayahnya meninggalkan soffiya.sayangnya saat fiona ingin berubah dia telah terbunuh..bagi aku satu percubaan yang baik dilakonkan oleh izara..dia berjaya membuat penonton berkata tentang watak fiona setiap hari



4)wan sharmila
   aku pernah tengok wan sharmila berlakon di bawah radius one antaranya emil emilda,merah puteh,tari tirana dan beberapa drama lagilah yang pastinya dia membawa watak baik namun dalam slot akasia nora elena wan sharmila membawa watak yvonne seorang gadis cina yang obses pada cinta seth tan lakonan aaron aziz yang telah pun berkahwin dengan nora elena lakonan siti saleha.watak yvonne sangat disukai penonton




3)farahdhiya
  mungkin ada yang tahu watak sesuai memang sesuai untuk gadis kacukan ini namun bagi aku watak yang meninggalkan kesan pada aku kerana antagonisnya adalah watak fatin dalam slot akasia spa Q..fatin adalah kekasih gelap riezman lakonan ridzuan hashim suami kepada qistina lakonan norish karman..fatin yang mata duitan telah ditolak oleh dafi lakonan fazren rafi anak riezman dan fatin meninggal dunia..dalam spa Q 2..muncul julia dilakonkan oleh farahdhiya juga sebagai kembar fatin..julia dicintai oleh dafi dan julia mempengaruh dafi membenci qistina dan cuba menguasai dafi..watak fatin dan julia tu berbeza kerana fatin hanya mahukan harta manakala julia mahu membalas dendam atas kematian kakaknya..farahdhiya melakonkan dua watak tu dengan baik



2)sheila rusly
  watak antagonis yang dibawa oleh sheila rusly takkan aku lupa..drama untuk slot akasia manja lara dan memegang watak sebagai sahara yang sangat membenci anak saudaraya manja lakonan emelda rosmila.lebih bertambah benci lagi apabila anaknya eskandar lakonan jehan miskin jatuh cinta pada manja.sahara memang buat aku benci pada dia dengan gaya dan cara dia memang tepat watak tu untuk dia




1)wilma muhammad
  pertama kali lihat dia berlakon dalam filem pasrah aku cakap bagusnya dia nie..cantik sangat dan sesuai watak natasha yang dipegang dalam filem tu..natasha seorang model bersaing hebat dengan farah diba lakonan erra fazira dalam dunia modelling namun fara terlebih dahulu memiliki hati hafsyam lakonan norman hakim..cemburu membuatkan natasha menggoda hafsyam dan memfitnah fara pada hafsyam..wilma hebat dalam filem tu tapi sayang dia dah tak berlakon dah sekarag