Tuesday, 28 June 2011

TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK

Sinopsis 1: Bob (Zahiril Adzim), orang kata dia loser tapi dia ni sangat baik, lurus bendul, naïf tapi sering dibulioleh rakan sepejabat. Mempunyai rakan serumah bernama Pian (Sufian Mohamed). Bob sering bernasib malang bukan saja berkenaaan dengan kerja, kehidupan seharian malah sering gaga ldalam percintaan. Ina (Faezah Elai), inilah awek Bob. Kerja dia sales assistant je. Ina sanggup tinggalkan Bob dan pergikepada lelaki yang lebih kaya kerana tak sanggup hidup dengan loser. Kesian Bob. Faizal (Rashidi Ishak) teman sekerja Bob, dan juga anak bos tempat Bob bekerja. Dahlah tak panda ibuat kerja, hanya pandai menggunakan kuasa sebagai anak bos. Sering mempergunakan Bob dalam urusan kerja. Kesian…Bob,Suatu hari, Bob kenal dengan seorang wanita; Maya (Sazzy Falak), sangat cantik, comel dan baikhati. Bob mula terpikat pada Maya. Tapi Maya ni Pontianak, Bob tak tahu pun yang bakal awek dia ni Pontianak. Lagilah kesian kat Bob. Maya tinggal bersama adiknya Liyana (Liyana Jasmay), cantiklah jugak. Tapi tak macam kakak dia,dia ni garang sikit dan sangat menjaga kakaknya. Aktif menjalankan aktiviti Pontianak disekitar kawasan perumahan dia. Keadaan menjadi kacau apabila datang lagi seorang lagi Pontianak; Nadia (Nurul Wahab). Datangdari Johor ke KL semata-mata nak cari Maya. Kehadiran Nadia banyak mengucar-kacirkan kehidupan Maya, Liyana dan Bob. Aduh…kesian betul kat Bob. Bagaimanakah kesudahan filem ini, adakah kehidupan Bob yang loser akan bertukar menjadi lebih baik dengan kehadiran Pontianak ni? Atau menjadi bertambah loser?

 Sinopsis 2: Percintaan dua dunia berbeza… Sebuah filem komedi seram yang mengisahkan Bob, berperwatakan lurus bendul dan baik hati yang bekerja di sebuah syarikat periklanan, di bawah penyeliaan Faizal. Selepas berpisah dengan teman wanitanya (Ina), Bob dan kawannya, Pian berpindah ke sebuah apartment lain. Kehidupan baru Bob bermula selepas berpindah dan bertemu dengan dua beradik iaitu Maya dan Liyana. Pada mulanya Liyana tidak menyenangi kehadiran Bob dan Pian kerana takut identiti mereka terbongkar.Namun selepas menguji Bob, mereka mengakui bahawa Bob tidaklah seperti yang mereka sangkakan. Sejak itu, mereka berempat menjadi kawan baik. Hubungan Bob dan Maya pula bertambah rapat selepas insiden beg Maya diragut. Selepas bertemu Maya di rumah Bob, Faizal melamar Maya untuk bekerja di syarikatnya. Faizal cuba memikat Maya, namun hampa. Kemudian Faizal berpakat dengan Kamal untuk menakutkan Maya. Tetapi berlaku sebaliknya, Faizal dan Kamal pula yang ketakutan setelah dikacau oleh pontianak. Faizal mula curiga dengan kehadiran Maya dan menyuruh Kamal mencari bomoh untuk menyiasat kehadiran pontianak dipejabatnya.Faizal menyatakan keraguannya tentang Maya kepada Pian dan mereka berpakat untuk membongkar identiti Maya dan Liyana. Di parti yang diadakan oleh Faizal, mereka melakukan pelbagai cara untuk membuktikan Maya dan Liyana adalah pontianak. Benarkah Maya dan Liyana pontianak? Dan apa pula hubungan Nadia dengan dua beradik itu? Semuanya akan terjawab dalam filem `Tolong! Awek Aku Pontianak!’


 pelakon:
 Zahiril Adzim, Sazzy Falak, Liyana Jasmay, Sufian Mohamed, Rashidi Ishak, Yus Waisar, Nurul Wahab, Syanie, Ameerul, Datuk Jalaludin Hassan, Harun Salim Bachik, Afdlin Shauki, Ruminah Sidek, Jehan Miskin, Bell Ngasri



Tolong Awek Aku Pontianak TOLONG! AWEK AKU PONTIANAK SYNOPSIS AND TRAILER




No comments:

Post a Comment