Sunday, 12 June 2011

juara af9 milik hazama


     akademi fantasia 9 sudah pun melabuhkan tirai semalam buat selamanya..juara sudah diketahui dan seperti jangkaan aku juara af9 milik hazama


    lena memulakan persembahan dengan baik sekali..membawakan lagu dari kumpulan bunkface bertajuk dunia..mungkin kerana gementar dan dia pula adalah peserta pertama yang membuat persembahan pasti rasa gementar dengan stage yang besar
   lena bangkit dengan persembahan kedua dengan lagu baru bertajuk sisa kisah kita..bagi aku persembahan dia sangat bagus dan lagu tu sesuai dengan dia..suaranya yang serak tu memang aku suka


    apa ya aku nak cakap tentang persembahan azri..oklah persembahan dia dengan lagu baru bertajuk niskala..aku suka lagu tu dan aku terbayang kalau orang lain yang bawa lagu tu contohnya shahir atau akim pasti lagi sedap lagu tu
  persembahan kedua pula bagi aku sangat santai,menyanyikan lagu dari kumpulan slank ku tak bisa entahlah..aku hanya akan ingat azri kerana berdiri atas piano yang bagi aku kurang sopan


    sorrylah pada peminat fina ya sebab aku memang tak letak dia sebagai list juara aku,yang aku jangka menjadi juara adalah hazama atau lena..aku cakap macam nie sebab ramai sangat yang jangka dia menang af9 sebab suara dia tinggi..aku tak tertarik langsung dengan suara tinggi dia..kalau masuk mentor mungin kau boleh menang lah sebab undian juri..tapi bukan af sebab af nie dia lihat persembahan pelajar tiap tiap minggu bukan lihat malam tu saja
   ok fina persembahan pertama menyanyikan lagu baru iaitu menangis lagi..aku tak jatuh cinta langsung dengan lagu nie apalagi penyampaian lagu nie..aku asyik terfikir bilalah lagu nie nak habis..
   persembahan kedua menyampaikan lagu satu harapan nyanyian jaclyn victor..biasa sahaja dengan penampilan istimewa kakaknya aida yang menjadi mangsa operasi gugur dan adiknya



    persembahan pembukaan hazama dengan lagu pukau nyanyian tomok memang memukau aku,penampilan istimewa lisa surihani bagi aku hazama sudah berada di tempat yang sepatutnya dia ada
   persembahan kedua menyampaikan lagu barunya bertajuk cinta teragung,lagu tu memang sesuai dengan dia dan akan menjadi hits lagu tu nanti


  fina dan lena adalah pelajar perempuan pilihan aku manakala azri dan hazama pelajar lelaki pilihan aku tapi itu dulu..setelah aku tengok persembahan mereka,hati aku telah menolak fina dan azri jauh dan memilih lena dan hazama serta seorang lagi pelajar iaitu nera..
  kenapa?aku baru tersedar yang mereka meminati fina kerana dia boleh nyanyi lagu nada tinggi dan azri pula terlalu ikut penyanyi asal..hazama dan lena mempunyai kelebihan vokal yang baik,vokal hazama sangat sedap dan lena pula membuatkan aku tersentuh dengan vokal dia yang serak tu begitu juga dengan nera yang sebenarnya mempunyai vokal yang bagus tapi selalu diberi lagu yang senang dan santai..tengoklah nera dengan lagu baru dia sangat sesuai dengan vokal dia..
  jujurnya aku berharap yang ada di final adalah hazama,lena,nera dan azri..semuanya dah lepas dan juara af9 milik hazama..yeahhh

 

No comments:

Post a Comment