Tuesday 12 June 2012

telenovela emperatriz

sejak ada astro bella nie aku jadi duduk depan tv hahah sebab aku nie memang minat giler telenovela nie walaupun episodnya berjela tapi aku sanggup tunggu sampai akhir episod..

telenovela yang tengah aku minat gila nie adalah telenovela latin emperatriz


telenovela ini mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama emperatriz jurado yang jatuh cinta dengan armando mendoza dan percaya dengan cinta lelaki itu namun dia dipenjarakan dan melahirkan anaknya di penjara..perfecta jurado ibu emperatriz telah memberi anak emperatriz kepada keluarga alma rosa isteri armando mendoza..alma rosa mempunyai tiga anak gadis iaitu esther,elisa dan erina namun emperatriz menyangka elisa adalah anaknya kerana elisa pernah memberitahu emperatriz bahawa dia anak angkat alma rosa..justo del real ayah rosa telah memberitahu emperatriz bahawa anak dia sudah mati..emperatriz jatuh cinta dengan alejandro miranda dan dicemburui oleh esther yang sudah lama mencintai bapa saudaranya itu..satu kemalangan telah membuatkan alejandro hilang ingatan..esther mengambil kesempatan dengan memberitahu alejandro bahawa mereka adalah kekasih..elisa mendapat tahu esther adalah anak kandung emperatriz..elisa telah mengakui pada emperatriz bahawa elisa adalah anaknya kerana tidak mahu emperatriz tahu esther anaknya kerana mereka mencintai lelaki yang sama

cerita nie masih belum habis dan masih ditayangkan di astro bella tapi aku tengok dekat youtube 

akhir cerita nie elisa terpaksa beritahu esther dan emperatriz yang mereka adalah anak dan ibu kandung..esther tidak dapat menerima hakikat itu namun emperatriz tetap mahu mendapatkan kasih sayang esther walaupun esther mencintai tunangnya..lama kelamaan esther mula menerima emperatriz dan muncul quimera yang ingin membalas dendam pada emperatriz..aku tak pasti siapa quimera nie tapi dia cuba tembak emperatriz namun esther selamatkan ibunya..

No comments:

Post a Comment